Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah
FUNGSI SEKOLAH
SK Kempas berfungsi sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi bidan-bidang kurikulum, hal ehwal murid, ko-kurikulum dan keceriaan serta pengurusan am.
FALSAFAH SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS
Sentiasa selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kempas mencapai kecemerlangan pada tahun 2010
MISI SEKOLAH
Kami warga Sekolah Kebangsaan Kempas komited terhadap pencapaian visi sekolah dengan:
~melahirkan pelajar berintegriti dan berdisiplin
~memperkembangkan potensi dan membentuk sahsiah individu dalam segala bidang ke arah yang lebih positif
~membentuk persekitaran yang selamat dan menyediakan iklim pembelajaran  yang kondusif
MATLAMAT SEKOLAH
Membekalkan ilmu yang cukup dan kemahiran yang tinggi kepada murid-murid tahun 6 supaya lebih cekap dengan 3M untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Menghasilkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran mental dan manipulatif serta mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum melangkaui objektif program yang ditetapkan.